Budgerigar...untuk dijual.

|
berminat boleh call. selagi stok masih ada.

Sebright bantam dalam koleksi reban kecil.

|

Sejarah
Sebright merupakan ayam daripada baka British. Seorang lelaki bernama Sir John Sebright menemui baka tersebut pada awal 1800an. Baka tersebut ialah kacukan di antara bantam biasa dan unggas yang berasal dari Poland. Pada tahun 1874, baka tersebut dipisahkan kepada dua baka berasingan iaitu Golden Laced dan Silver Laced Sebrights. Pada tahun berikutnya nama-nama tersebut ditukar kepada Golden dan Silver Sebrights. Pada 1899, Sebrights dijadikan satu baka dengan dua kepelbagaian iaitu Golden dan Silver dengan bentuk dan warna yang berbeza. Dalam tahun-tahun 1900an, baka tersebut terus dikembangkan dengan ketelitian terhadap bentuk, saiz dan warna sehinggalah pada tahun 1952 baka itu dikekalkan kepada standardnya sebagaimana yang dikenali pada hari ini.

Tingkah Laku
Ayam-ayam daripada baka tersebut sukar dipelihara dan dengan itu tidak sesuai untuk mereka yang baru belajar memelihara ayam. Ayam dewasa lasak dan aktif serta gemar bergerak bebas. Sekiranya ada pokok dipersekitaran, mereka suka bersarang diatasnya. Mereka tidak banyak bertelur dan telur-telurnya pula kecil dan berwarna putih. Sebrights adalah baka yang suka berdiri tegak dan gemar berkeliaran. 

Kepelbagaian
Terdapat dua kepelbagaian yang dikenalpasti iaitu Golden dan Silver. Golden ialah warna yang selalu digambarkan sebagai mewah dan gelap manakala silver selalunya keputihan. Sebright terkenal kerana kualiti garisan yang terdapat di bulunya. Setiap bulu bergaris tepi hitam menjadikan warna dasarnya lebih terang dan cantik. Ianya adalah bantam sebenar yang tiada tandingan di kalangan baka-baka ayam.