BAGAIMANA MENENTUKAN PASANGAN LOVEBIRD

|
Menentukan jantina Lovebird bukanlah mudah, iaitu secara umun menyatakan burung itu jantan burung itu betina. Ianya memerlukan kemahiran memerhati, ,menyentuh dan ujian dalam menentukan ke kesahihan jantina burung berkenaan. Jantan lovebird dan betina lovebird mempunyai ciri-ciri yang sama jika secara fizikal dan warnanya.Tetapi apabila ianya diteliti secara mendalam setiap ciri-ciri yang terdapat pada lovebird ianya boleh membantu anda dalam menentukan jantina burung berkenaan.

cara yang terbaik menentukan jantina lovebird adalah menjalani ujan DNA, ianya amat tepat. Tetapi dimalaysia perkhidmatan ini amat sukar ditemuai untuk DNA haiwan,kecuali dipusat-pusat veterina yang tertentu sahaja. Contohnya Unit veterina UPM. Di UK kit ujian DNA senang diperolehi dimakmal Ujian DNA. Ianya amat mudah hanya mengambil sedikit sampel darah di hujung kaki burung berkenaan,pastikan menyapu styptic powder untuk mencegah jangkitan bakteria ditempat sampel darah diambil tadi. Ianya jimat berbanding menghantar burung berkenaan ke kedai haiwan yang ada perkhimatan ujian DNA. Ada setengah burung lovebird suka menggigit apabila terancam, jadi cara terbaik ialah menghantar burung berkenaan ke pust veterina unutk mengambil sampel darah...ianya lebih selamat.

Setengah gambaran menyatakan untuk menetukan jantina adalah, dengan cara memerhati cara burung berkenaan duduk. kebiasaanya burung lovebird betina mempunyai bukaan kaki yang luas sedikit daripada jantan. Selain itu juga cara menentukan betina lovebird mempunyai bukaan tulang pelvic yang luas sedikit dan lembut( bertujuan memudah pengeluaran telur semasa bertelur) berbanding jantan lovebird ini dapat ditentukan dengan ukuran jari kelingkeng.

selain itu juga jika kita mengamati secara mendalam apabila burung lovebird ingin membina sarangnya jantan dan betina sama berkongsi dalam membinanya. Betina lovebird akan meletakan material berkenaan dan mengepit bahan berkenaan di bawah kepaknya untuk diletakkan ke dalam kotak bertelur. Jantan lovebird biasanya gagal meniru cara betina lovebird meletakkan bahan dibawah kepaknya

0 comments:

Post a Comment